YouSub
Untitled

ms Malay

Untitled Malay subtitles

0 downloads · 444 lines · added Nov 8, 2015

Report a problem
What's wrong?

Also available in

Advertisement

Malay transcript

Sekarang.
Maralah, Eugene.
Saya tahulah.
Berhenti, kapal saya...
Berhenti.
Kibarkan benderamu.
Ke batasan suaramu. Ke batasan suaramu.
Bertempik ke batasan suaramu.
Satu hari, aku pasti. Satu hari, di satu tempat.
Terus bermimpi dan berkelana.
Makin didesak, kau menanti arah tujuan.
Menuruti haluan tanpa berfikir.
Semua panduan salah, keputusan kita diabaikan.
Membunuh dirimu, jiwa yang terkandung di dalam.
Terus bergelut, tersungkur dan putus harapan.
Namun tetap bangkit gagahkan diri.
Ruang antara mimpi takkan pernah hilang.
Ayuh bergelut mengekang dunia sebelum ia ghaib.
Kibarkan benderamu.
Ke batasan suaramu. Ke batasan suaramu.
Bertempik ke batasan suaramu.
Satu hari, aku pasti. Satu hari, di satu tempat.
Yakin kau kan dapat mencapainya.
Ayuh kibarkan benderamu. Kibar saja benderamu.
Usah kira penat jemu dan hilang arah.
Hingga ke akhir nafasmu. Hingga ke penghujung mampumu.
Terus bermimpi dan berkelana.
Apa yang berlaku?
Jangan paksa diri awak dan berehatlah, Gaelio.
Saya sudah cakap, luka sedikit sahaja.
Macam mana kita mahu kejar mereka?
Sebaik sahaja kita sudah bersedia, saya akan pergi juga.
Kali ini saya akan tumpaskan budak hingusan itu.
- Kita takkan kejar. - Apa?
Bertenang.
Kerana kematian Coral, ada terlalu banyak kerja perlu diselesaikan.
Kita tidak boleh terus bertindak.
Tapi, kita biarkan sahaja mereka pergi?
Tidak. Daripada pakej yang mereka hantar...
...Kudelia Aina Bernstein ada dalam kapal itu. Itu saya pasti.
Kalau begitu, mereka akan berada di laluan ke Bumi tidak lama lagi.
Kita akan jumpa mereka lagi nanti.
Macam mana? Ada kapal yang kejar kita?
Tiada reaksi Gelombang Ahab.
Tiada laporan daripada peronda kita juga.
Kita terselamat.
Tapi kita kena berjaga-jaga.
Teruknya, mereka takkan benarkan kita ambil mudah.
Orang tua. Tetulang perisai ini sama tak dengan Mobile Worker?
Awak biar betul?
Betul-betul berbeza! Mobile Suit guna Perisai Nanolaminat.
Kalau begitu, apa yang saya patut buat?
Tunggu sekejap.
Tak guna, tiada rekod yang berguna lagi.
Orang tua.
- Periksa di sekitar reaktor... - Saya kata sekejap.
Saya pakar Mobile Worker...
...dan tidak pernah sentuh Mobile Suit sejak saya kecil.
Mobile Suit ini dibina lama dulu, bukan?
Ya, terlalu lama dulu.
Sebuah barang antik daripada Perang Gelodak.
Kebanyakan Mobile Suit selain milik Gjallarhorn adalah antik.
Perang Gelodak itu apa?
Satu peperangan besar yang berlaku di Bumi 300 tahun lalu.
Sangat banyak Mobile Suit yang berupaya musnahkan Bumi...
...terlibat dalam pertempuran besar.
Gundam Frame?
Benar.
Terkenal di penghujung Perang Gelodak...
...adalah satu daripada 72 mesin yang dipanggil Gundam.
Nama individunya adalah Barbatos.
Gundam...
Saya pernah dengar, tapi awak pasti?
Saya sedang periksa corak reaktornya.
Mesin itu ada dua Reaktor Ahab yang direka khas untuknya.
Itu ciri utamanya.
Mobile Suit usang boleh bertempur dengan hebat menentang kita.
Itu mungkin kerana pemandunya, bukan mesin itu.
Jangan risau.
Nampaknya, ketika Perang Gelodak, Sistem Alaya-Vijnana...
...dibangunkan untuk maksimumkan kebolehan Mobile Suit.
Tikus angkasa...
Berselera betul awak.
Saya jadi sangat lapar selepas bekerja.
Perkara macam itu akan berlaku lagi?
Mungkin. Mereka ialah orang yang buru Kudelia.
Awak tidak takut, Mikazuki?
- Tidak juga. - Kenapa tidak?
Maksud saya, awak boleh terkorban...
Jangan risau.
Saya ada benda ini.
Ya.
Jadi, apa kita patut buat mulai sekarang.
Orcus sudah tiada, jadi kita kena cari pemandu arah yang lain.
Jadi, kita betul-betul perlukan pemandu?
Ya.
Kalau kita mahu selamat sampai ke Bumi.
Kita bermusuh dengan Gjallarhorn, jadi, tidak boleh pemandu biasa.
Malah, kita perlu orang untuk jaga mereka yang berada di Marikh...
...orang yang boleh melindungi kita.
Melindungi kita, ya...
Tapi siapa...
Teiwaz.
- Itu satu-satunya. - Jangan harap.
Teiwaz.
Konglomerat yang berpangkalan di sekitar Sfera Jupiter.
Saya dengar khabar angin yang mereka betul-betul mafia.
Tapi kita mesti siasat siapa mereka sebenarnya.
Teiwaz memang ada sedikit berpengaruh di Bumi...
...dan Gjallarhorn takkan boleh serang sewenang-wenangnya.
Tapi, macam mana kita mahu berunding dengan Teiwaz?
Ya, macam mana?
Adakah Teiwaz bersedia untuk sokong budak-budak macam kita?
Kalaulah kita ada orang dalam.
Sekarang, kita tidak boleh pergi ke Bumi, atau kembali ke Marikh.
Kita tiada pilihan lain kecuali pergi ke Musytari.
Saya akan fikirkan cara untuk berunding...
...tapi kita tidak boleh ambil risiko dan bercakap benar.
Itu mustahil.
Hebat. Macam mana awak buat?
Kenapa?
Saya cuba hubungi mereka yang di Marikh...
...dan dia sambungkannya dengan mudah.
Fumitan?
Saya guna Ariadne yang Gjallahorn kawal.
Ariadne?
Apa itu?
Walaupun di bawah Gelombang Ahab yang radar tak boleh berfungsi...
...Ariadne menunjukkan laluan yang betul untuk kapal.
Dengan kepompong yang membentuknya sebagai titik penyampaian...
...komunikasi jarak jauh boleh dibuat.
Gjallarhorn takkan sedarkah?
Komuniasi itu disulitkan, jadi itu takkan jadi masalah.
Ada cara begitu?
Awak mahu saya bantu mulai dari sekarang?
Dengan keizinan Cik Muda.
Ya, saya izinkan.
Baiklah. Tolong bantu kami sebagai pengendali komunikasi.
Baik, tuan.
Saya akan nantikannya. Apa nama awak?
Fumitan Admoss.
Saya tidak pernah tahu nama awak.
Cik Kudelia.
Apa cik sedang buat?
Saya baru berbincang tentang pelan kita dengan ketua dan lain-lain.
Begitu.
Kenapa awak tidak turut serta?
Okey...
Saya tidak suka berhadapan dengan perkara sukar. Takkan faham pun.
Tapi...
Apa itu?
Kotak bekalan makan tengah hari.
Kami hantar pada mereka yang sedang bekerja.
Begitu.
- Jumpa lagi. - Bawa saya.
Boleh awak benarkan saya bantu awak?
Apa?
Semua orang. Syabas.
Masa untuk makan tengah hari.
- Ambillah. - Terima kasih.
Tidak mengapa, ada banyak lagi.
- Silakan. - Terima kasih, cik.
Akihiro, masa untuk makan tengah hari.
Tinggalkan di sana.
Okey, saya akan letak di sini.
Mikazuki.
Kita berlatih dengan pensimulasi selepas ini.
Okey.
Jadi kita akan pergi jumpa si Teiwaz itu?
Bukankah Teiwaz itu kompeni dan bukan orang?
Ya, tapi...
Kita tiada pengantara, jadi hal ini takkan begitu mudah.
Begitu.
Itu sahaja? Awak tidak berminat?
Ini sangat penting.
Tidak juga. Orga akan pastikan yang semuanya akan okey.
Saya pun tidak tahu sebab cik mahu ke Bumi pada mulanya.
Apa? Kita akan pergi ke Bumi?
Saya tidak beritahu awak?
Tidak. Tapi apa patut saya buat?
Saya tiada pakaian yang cantik.
Awak sudah okey berpakaian begitu.
Tapi kita akan pergi ke Bumi, bukan?
Nanti mereka fikir saya gadis kampung.
Sebab saya pergi ke Bumi untuk kemerdekaan penduduk Marikh.
Dalam Perang Gelodak 300 tahun dulu, negara Bumi yang berpecah...
...telah disatukan ke dalam empat blok ekonomi. Awak tahu?
Tidak.
Oh, begitu...
Berikutan dengan itu, Sfera Luar seperti Marikh dan Musytari...
...telah dibahagikan di antara blok ekonomik itu untuk ditadbir.
Rantau Berautonomi Chryse di bawah Arbrau, satu blok ekonomi Bumi.
Tapi, dengan Perjanjian Ekonomi Transplanet yang dimeterai dulu...
...rakyat dieksploitasi secara tidak adil selama bertahun-tahun.
Untuk mengubah ini, saya berunding dengan kerajaan Arbrau di Bumi.
Dan hari itu, Togonosuke Makanai, pemimpin Arbrau...
...bersetuju buat kali pertamanya untuk berbincang tentang isu ini.
Matlamat saya adalah mendapatkan kebebasan ekonomi untuk Marikh.
Saya yakin itu akan membawa kepada kesejahteraan penduduk Marikh.
Hebatnya, Cik Kudelia.
Begitu. Jadi, cik ialah orang yang akan buat kami gembira?
Apa?
Ya, itu niat saya.
Sudah rosak teruk.
Saya agak terkejut dia berjaya kembali.
Berhenti berbual dan buat kerja.
Baik.
Terima kasih atas usaha awak. Masa untuk makan tengah hari.
Okey, terima kasih.
Hei, ayuh makan bila awak boleh berhenti sekejap.
- Baik, tuan. - Wah, makan tengah hari!
Jangan panik.
Ambillah.
Terima kasih.
Awak mahu bantuan saya di sini?
Ya, bila kami buat kerja berat.
Kami sedang menala sekarang.
Awak tidak boleh membaca, bukan?
Okey, saya faham.
Mikazuki, awak tidak tahu membaca?
Apa?
"Apa?" Awak kendalikan mesin yang nampak macam sangat rumit ini.
Mesin ini bukannya bergerak dengan membaca.
Mesin ini macam Mobile Worker, dan selebihnya adalah gerak hati.
Gerak hati?
Itu mengejutkan cik?
Awak tidak pergi ke sekolah?
Saya tidak pergi. Rasanya sedikit sahaja orang yang pergi di sini.
Kebanyakan mereka di sini terdesak hanya untuk terus hidup.
Ada beberapa yang dari fasiliti bagus sedikit yang pernah belajar.
Begitu.
Saya sudah habis menghantar.
Awak tahu membaca, Atra?
Ya, tuan punya kedai ajar saya.
Mikazuki, awak mahu belajar membaca dan menulis?
Apa?
Saya akan ajar awak.
Kalau awak boleh baca dan menulis, mungkin akan berguna nanti.
Dengan membaca buku atau menulis surat dan karangan...
...kita boleh memperluaskan dunia kita sendiri.
Begitu. Jadi saya akan boleh baca pelbagai jenis buku.
Ya, benar.
Mungkin saya akan cuba.
Jangan tinggalkan saya.
Saya mahu membaca dan menulis juga.
Boleh saya sertai cik?
Saya juga.
Saya juga, guru.
Guru?
Baik, kalau awak okey dengan saya, mari kita belajar bersama.
Bagusnya.
Wah, belajar!
Budak-budak yang baik.
Okey, saya akan mengajar juga, jadi tanya saya apa-apa.
Awak, Atra?
Saya lebih suka Cik Kudelia.
Apa maksud awak?
Saya juga.
Saya boleh buat juga.
(PERIHAL MEREKA)
Orang dalam, ya...
Ada apa-apa yang saya boleh bantu?
Okey...
Boleh awak jaga sini sekejap?
Apa? Saya tidak kisah.
Minta maaf, saya akan kembali.
Begitu, jadi Coral sudah mati.
Dia memang tak berguna.
Tapi budak-budak itu agak hebat.
Kesatria Muda melindungi Cik Muda.
Ini mungkin menarik.
Awak ialah Leftenan Muda Ein Dalton?
Ya, tuan.
Kami tahu awak bertempur dengan organisasi awam di luar Chryse.
Kompeni awak rancang untuk kalahkan mereka dengan kuasa awak...
...tapi rancangan itu gagal.
Adakah kerana Mobile Suit pihak musuh?
Ya, tuan.
Saya mahu dengar tanggapan jujur awak.
Macam mana dengan gaya pertarungan dia?
Mulanya, saya terkejut organisasi orang awam memiliki Mobile Suit.
Tapi bila pertempuran bermula, saya dapat kejutan yang lain.
Kejutan yang macam mana?
Macam sesuatu yang saya tidak pernah alami di dalam latihan.
Kelincahan dia, kelajuan tindak balas dia.
Taktik mereka dengan faktor itu mengejutkan kami, jadi kami...
Begitu.
Saya faham.
Terima kasih. Bersurai.
Mejar pakar, tuan, saya mahu minta sedikit pertolongan.
Apa?
Kerana saya tidak cukup bagus, saya kehilangan pegawai atasan.
Saya tidak boleh kembali ke Marikh begini.
Saya ingin minta kebenaran untuk sertai pasukan pengejar.
Tolonglah, tuan.
Saya faham perasaan awak. Saya akan fikirkannya.
Terima kasih, tuan.
Saya akan beri arahan nanti. Awak boleh pergi sekarang.
Baik, tuan.
Gundam...
Mula-mula, kita belajar untuk tulis nama kita dengan betul.
Berhati-hati dan rapi.
Cik Kudelia, lihatlah tulisan saya.
Saya juga.
Adakah saya buat dengan betul?
Mari kita lihat.
Ya, awak berdua sangat bagus.
Kita berjaya!
Mikazuki, huruf itu terbalik.
Ini. Dan ini juga.
Apa?
Begitu. Saya sudah agak ada benda yang tak kena.
Mikazuki, awak bagus masa bekerja, tapi tulisan tangan awak teruk.
Saya mungkin kalahkan Mikazuki dengan tulisan tangan saya.
Embi, Elgar, berhenti bergurau dan berlatih betul-betul.
- Okey. - Saya tahu.
Bukannya ada orang dewasa di sini pun.
Kita perlu menyumbang pada Tekkadan mulai sekarang juga.
Baik.
Dia tegas.
Takaki ialah ketua untuk kanak-kanak yang lebih muda.
Dia terpaksa lebih berusaha untuk kejar kita.
Bukankah "zu" dieja "du"?
Tapi disebut macam "zu".
Orga?
- Ayuh cepat. - Baik.
Hei, lihat ke mana awak pergi.
Minta maaf, ketua.
Ya, hati-hati.
- Baik. - Minta maaf, tuan.
- Jaga-jaga. - Diamlah.
Orga.
Tanpa orang dalam...
...saya rasa mustahil untuk berunding dengan Teiwaz.
Apa patut kita buat?
Saya tidak tahu, tapi kita kena fikir untuk cari jalan terbaik.
Saya ada fikirkannya.
Saya fikir dan fikir, tapi tidak dapat cari jalan yang lebih baik.
Sebenarnya, tugasan ini terlalu beban untuk Tekkadan sekarang.
Kita tiada pengalaman bekerja.
Jadi apa?
Kita putus asa iringi Kudelia dan serahkan dia pada Gjallarhorn?
Kita tidak boleh buat begitu.
Contohnya, kita boleh subkontrak kompeni lain untuk lakukannya.
Tidak. Selagi kita terikat, kita kena mara ke hadapan.
Awak ada kejar sesuatu, Orga?
Apa?
Saya rasa awak sengaja ambil laluan berbahaya.
Mungkin.
Kenapa?
Kenapa awak masih mahu terus mara ke hadapan?
- Kerana saya dilihat. - Apa?
Setiap kali saya menoleh, mata dia memandang saya.
Dia?
Mika sangat hebat.
Dia kuat, hebat, dan berani.
Kali pertama bertempur, dia kuasai Mobile Suit, kini baca dan tulis.
Dan pandangan dia tanya saya.
"Orga, apa kita akan buat selepas ini?"
"Apa patut saya buat selepas ini?"
"Apa benda mengujakan yang awak akan tunjukkan selepas ini?"
Begitu.
Saya tidak boleh khianati pandangan itu.
Di dalam mata dia, saya mesti sentiasa yang paling berani...
...dan perlu menjadi Orga Itsuka yang terhebat.
Tiada perubahan. Kita akan tetap menuju ke ibu pejabat Teiwaz.
Awak berada di sini rupanya.
Mika.
Awak datang melihat tadi.
Jadi, awak perasan.
Kenapa tiba-tiba sahaja awak mula belajar membaca dan menulis?
Sebab Kudelia kata dia akan ajar kami.
Dengan Takaki dan yang lain.
Kalau tidak boleh baca dan tulis, tak boleh selenggara Mobile Siut.
Dan saya tak boleh buat sekarang, tapi saya mahu baca semua buku...
...dan belajar tentang sayur-sayuran nanti.
Awak pernah beritahu saya.
Yang awak mahu uruskan ladang macam nenek Biscuit.
Ya.
Awak tidak penat, Orga?
Ini tiada apa-apa.
Bukankah awak penat daripada pertempuran hari itu?
Saya okey.
Jadi, baguslah.
Bumi memang sangat jauh.
Tapi awak sudah putuskan untuk pergi.
Ya.
Keputusan telah dibuat.
Sekarang, kita teruskan hingga selesai. Benar?
Ya.
Akhirnya kita sudah jumpa tempat kita.
Nyawa dan masa hadapan semua orang bergantung pada Tekkadan sekarang.
Hei, Cik Kudelia, adakah huruf ini betul?
Oh... Ya, yang ini berbeza...
Sistem Alaya-Vijnana.
Budak kecil sekalipun.
Hebat bukan?
Ya.
Saya boleh buat semua jenis kerja dengan benda ini.
Agak sakit, tapi mungkin saya akan pasangkannya sekali lagi.
Apa? Saya tidak mahu! Sangat sakit.
- Awak pengecut, Elgar. - Apa?
Jika awak tidak boleh tahan sakit, awak tak boleh jadi macam Mikazuki.
Ini adalah realiti bagi budak-budak ini...
Kita perlu lindungi dia.
Ya.
Awak betul-betul tidak berubah.
Macam mana dengan awak?
Saya?
Saya ialah diri saya.
Ya.
Ayuh kita tunaikan impian awak.
Kita selesaikan tugas ini dan jadikan Tekkadan terkenal.
Ya.
Apa?
Apa yang berlaku?
Isyarat berhenti daripada kapal lain.
Kapal lain? Kedudukan mereka?
Tidak diketahui, tuan.
Itu bukan Gjallarhorn?
Saya tidak tahu. Datang dari mana?
Tak guna. Pulangkan kapal saya.
Presiden?
Maruba Arkay?
Tikus pencuri!
Pulangkan Will-O'-the-Wisp saya sekarang.
Kenapa dia?
Bersinar dalam kegelapan...
...cahaya biru.
Sembunyikan kesunyianmu.
Mereka yang gagah...
...apa yang dilihat dalam cebisan mimpi mereka?
Si yatim di angkasa.
Kita layarkan bahtera harapan.
Kau dalam ingatanku.
Saat yang singkat ini. Alunan sayu nyanyian angkasa.
Kali pertama saya jumpa Maruba, kami berdua masih muda...
...dan dia tidak teruk macam sekarang.
Dia suka anjing.
Dia bela dua anak anjing.
Saya rasa nama mereka Ken-Ken dan Wan-Wan.
Rasanya tiada siapa mahu dengar kisah silam Maruba.
Dalam "MOBILE SUIT GUNDAM IRON-BLOODED ORPHANS" akan datang.
Episod 7, "MENANGKAP PAUS."

Need subtitles from another video?