YouSub
Untitled

ms Malay

Untitled Malay subtitles

0 downloads · 415 lines · added Dec 7, 2015

Report a problem
What's wrong?
Advertisement

Malay transcript

Mereka sudah pergi.
Ya.
Apa? Awak rasa sunyi berjauhan daripada rakan awak?
Ya, saya rasa sunyi.
Sebaik saja Barbatos dibaik pulih, awak boleh kejar mereka.
Begitulah rasanya.
Walaupun dia sangat kuat, dia masih seorang budak.
Hei, Mikazuki.
Mari kita mulakan pemeriksaan Sistem Alaya-Vijnana.
Okey.
Okey, okey.
Hei, Ride.
Jangan buat dengan kasar.
Barang-barang ini adalah untuk koloni perindustrian.
Itu cuma sumber galian sahaja, bukan? Tidak mengapa.
Tidak. Kalau apa-apa berlaku pada kargo daripada Teiwaz ini...
...mereka akan hilang kepercayaan pada Tekkadan.
Okey, faham.
Aduh.
Okey, mari kita habiskan kerja ini sebelum makan tengah hari.
Baik, tuan.
Hei, awak terlalu rapat dengan kren itu.
Kenapa dia begitu bersemangat?
Mikazuki dan Cik Kudelia...
Mereka nampak macam pasangan yang secocok.
Atra.
Apa yang awak buat di sana?
Tiada apa-apa.
Apa yang awak sedang buat?
Sebenarnya, kita dapat pesanan dari Marikh.
Yakah?
Kibarkan benderamu.
Ke batasan suaramu. Ke batasan suaramu.
Bertempik ke batasan suaramu.
Satu hari, aku pasti. Satu hari, di satu tempat.
Terus bermimpi dan berkelana.
Makin didesak, kau menanti arah tujuan.
Menuruti haluan tanpa berfikir.
Semua panduan salah, keputusan kita diabaikan.
Membunuh dirimu, jiwa yang terkandung di dalam.
Terus bergelut, tersungkur dan putus harapan.
Namun tetap bangkit gagahkan diri.
Ruang antara mimpi takkan pernah hilang.
Ayuh bergelut mengekang dunia sebelum ia ghaib.
Kibarkan benderamu.
Ke batasan suaramu. Ke batasan suaramu.
Bertempik ke batasan suaramu.
Satu hari, aku pasti. Satu hari, di satu tempat.
Yakin kau kan dapat mencapainya.
Ayuh kibarkan benderamu. Kibar saja benderamu.
Usah kira penat jemu dan hilang arah.
Hingga ke akhir nafasmu. Hingga ke penghujung mampumu.
Terus bermimpi dan berkelana.
Semuanya berjalan agak lancar di sini.
Bantuan daripada Teiwaz sudah selamat sampai.
Kami ada cukup wang untuk teruskan buat masa ini.
Gjallarhorn belum lagi muncul di sekitar ini lagi.
Mereka tidak ganggu kami lagi setakat ini.
Orang di Marikh nampaknya okey.
Ya, dengan Teiwaz di belakang kita, Gjallarhorn sukar untuk mengganggu.
Ya, terima kasihlah pada Teiwaz.
Betul, Biscuit?
Ya, betul.
Jangan risau tentang hal ini dan pergilah. Tidak apa.
Minta maaf. Kalau begitu saya akan pergi sekarang.
Kenapa dengan dia?
Dia dapat pesanan daripada adik dia.
Apa? Dia boleh lihat di sini.
Dia mempertimbangkan keadaan kita.
Ramai dalam Tekkadan tiada saudara-mara...
...jadi dia cadangkan supaya pesanan daripada keluarga diberi berasingan.
Itu memang perangai Biscuit.
Saya lebih rela terima pesanan daripada perempuan, bukan keluarga.
Macam "saya cintakan awak, Eugene, saya mahu jumpa awak."
Saya lebih suka yang di depan mata daripada yang tidak dapat dilihat.
Awak silap. Kita perlukan kasih sayang daripada perempuan.
Wah, lihatlah diri awak...
...Eugene, yang baru sahaja alami pengalaman pertama.
Awak... Awak rasa begitu juga, bukan, Orga?
Saya tidak peduli sangat tentang perempuan.
Begitu, awak tidak faham apa-apa, Orga.
Awak kena kenal seorang perempuan atau dua untuk jadi lelaki sejati.
Ya, betul cakap Eugene, yang baru alami pengalaman pertama.
Apa? Saya akan tumbuk awak.
- Jangan. - Diam, saya tidak kisah.
Bagi saya, sebuah keluarga dipanggil Tekkadan wujud.
Apa? Benda ini sedang merakam sekarang?
Ya, abang, ini saya, Cookie.
Ini saya, Cracker. Apa khabar?
Tengoklah, kami sudah selesai menuai semuanya.
Banyak ribut pasir berlaku, jadi tanaman tahun ini kurang.
Tapi kami banyak membantu. Abang boleh puji kami.
Abang di mana sekarang? Jaga diri abang.
Dan belikan banyak cenderamata untuk kami.
Dan apa lagi kami boleh cakap?
Hei, Takaki.
Kenapa?
Bukan, cuma yang saya juga...
Awak dapat pesanan juga?
Ya, daripada adik saya.
Abang Takaki, apa khabar? Saya bagus sekali.
Bila saya boleh jumpa abang?
Dia sangat matang. Berapa umur dia?
Dia lebih muda 6 tahun, jadi 7 tahun.
Dekat sahaja dengan umur adik saya.
Marilah bermain.
Nanti sekejap.
Jumpa lagi, abang.
Dia di rumah anak yatim?
Ya, Fuka...
Adik saya sangat bijak.
Lebih bijak daripada saya.
Sejak saya mula dibayar oleh Tekkadan...
...saya boleh letakkan dia di rumah anak yatim.
Tapi saya mahu hantar dia ke sekolah satu hari nanti.
Itu adalah sebuah impian sahaja sekarang.
Itu bukan sekadar impian.
Apa?
Sekarang kita bersama Teiwaz, sepatutnya gaji kita akan naik.
Dan kalau tugasan ini berjaya, nama Tekkadan akan jadi masyhur.
Betulkah?
Malah, saya juga sama.
Matlamat saya adalah untuk hantar adik-adik kembar saya ke sekolah.
Awak juga, Biscuit?
Begitu.
Jadi saya kena bekerja lebih keras daripada sebelum ini.
Ya, betul.
Okey, mari kita lakukannya.
Ibu dengar banyak khabar angin yang buruk.
Kamu sedang buat sesuatu yang sangat bahaya, benar?
Ayah kamu juga sangat risau.
Apa kata kamu pulang ke rumah sekarang?
Demi keluarga Bernstein...
Nampaknya, ayah saya macam takut dengan tindakan saya nanti.
Kalau dia tahu kita bergabung dengan Teiwaz, dia akan jadi sangat takut.
Mungkin sedikit terlambat, tapi saya minta maaf, Fumitan.
Melibatkan awak dalam perkara begini.
Tapi itu tugas saya.
Terima kasih.
Selagi kita guna Reaktor Ahab untuk kuasa...
...kita tidak boleh guna apa-apa peranti radio.
Satu-satunya penunjuk arah kita adalah titik Ariadne ini.
Tapi semua ini di bawah kawalan Gjallarhorn.
Gunakannya sebagai panduan kita...
...elakkan pengawasan dan dapatkan laluan selamat, perlukan kemahiran.
Itu memang kepakaran kami.
Awak hanya perlu kemudikan kapal mengikut arahan saya.
Kami akan ikut arahan.
Masalahnya adalah orang yang seperti kita.
Ya.
Seperti kita?
Laluan mengelakkan Ariadne berkesan menentang Gjallarhorn...
...tapi ada kumpulan lanun yang serang kapal yang melalui sana.
Kami Turbines dikenali sebagai kumpulan militan...
...jadi saya rasa tiada siapa akan cari pasal dengan kita.
Okey, sudah selesai.
Awak mahu ke mana?
Saya mahu berlatih dengan pensimulasi itu.
Kita mungkin akhirnya diarahkan untuk bekerja di luar.
Bersemangat betul...
Oh ya.
Kita sibuk untuk berlepas, jadi saya terlupa beritahu awak...
...akan ada orang daripada Teiwaz menaiki Isaribi mulai sekarang.
Berada di atas Isaribi?
Ya, sebagai penyelia daripada Ayahanda.
Seorang penyelia?
Maksudnya, masih tidak mempercayai kami?
Bertenang.
Kita perlu pengantaraan supaya dapat bekerjasama dengan bagus.
Dan dia seorang wanita yang serba boleh.
Wanita?
Silakan masuk.
Selamat berkenalan.
Saya Merribit Stapleton.
Dia pernah bekerja di bahagian perbankan Teiwaz.
Dia pakar dalam perniagaan.
Awak masih mentah dalam perniagaan, betul?
Dia boleh ajar awak apa sahaja.
Apa sahaja?
Kami semua lelaki, kami perlu fikirkan dahulu.
Helo sekali lagi.
Awak kenal dia?
Ya, saya jumpa dia beberapa hari lepas di Saisei.
Apa? Jadi awak berdua kenal satu sama lain.
Bukan, saya tidak...
Saya tidak ingat sangat.
Apa-apa sajalah.
Apa-apa pun, ini adalah arahan daripada Ayahanda.
Awak faham?
Itu...
Tidak sabar bekerja dengan awak.
(SURAT DARI HARI ESOK)
Saya juga. (SURAT DARI HARI ESOK)
(SURAT DARI HARI ESOK)
Lihat, itu Cik Merribit.
Dia wanita dewasa sebenar.
Hei, budak-budak tidak boleh mengintai.
Pergi bekerja.
Eugene, tepat pada masanya.
Apa dia? Tanya apa sahaja kalau cik ada masalah.
Awak ada nampak ketua awak?
Orga mungkin di anjungan.
Begitu. Terima kasih.
Baik...
Pergi sambung kerja.
Ketua.
Minta maaf.
Tidak mengapa.
Boleh saya lihat senarai makanan dan bekalan?
Apa?
Saya perlukannya untuk sediakan kunci kira-kira.
Saya faham. Saya akan suruh Biscuit dapatkannya untuk cik.
Terima kasih.
Kapal ini sangat hebat.
Sukar untuk percaya yang kapal ini dikendalikan oleh kanak-kanak.
Boleh cik jangan layan kami macam kanak-kanak?
Saya minta maaf, saya tidak bermaksud begitu.
Dan juga sapu tangan yang saya pinjam...
Jadi awak memang ingat.
Saya minta maaf, saya sudah hilangkannya.
Saya betul-betul mabuk ketika itu.
Tidak mengapa. Saya memang mahu beri pada awak pun.
Cik mengawasi kami sejak hari itu?
Tidak. Saya kebetulan berada di sana.
Tidak apa.
Tugas cik adalah mengawasi Tekkadan.
Tapi saya takkan benarkan cik masuk rumah kami dengan semberono.
Awak bencikan saya?
Sama ada saya suka atau tidak, saya akan patuhi arahan.
Awak tahu, Fumitan cantik, tapi Cik Merribit lebih seksi.
Orang dewasa lebih anggun.
Yalah, saya masih seorang budak.
Maafkan saya, Atra.
Ya?
Boleh saya bantu awak bekerja?
Okey.
Bagus rasanya bila betul-betul gerakkan tubuh badan kita.
Saya boleh lupakan semua kerisauan saya.
Kerisauan cik?
Bukan masalah besar pun.
Di mana ibu bapa awak, Atra?
Saya tiada ibu bapa.
Saya minta maaf.
Tidak mengapa, Mikazuki dan semua orang ada bersama saya.
Awak sudah lama kenal orang-orang Tekkadan?
Okey, kali pertama saya jumpa mereka semasa saya berumur 10 tahun.
Mula-mula saya bekerja di tempat yang semua pekerjanya gadis.
Berbanding dengan gadis lebih tua yang bawa masuk duit...
...saya masih kecil, jadi saya kena buat kerja-kerja lain.
Dan saya tidak boleh lakukannya dengan bagus.
Setiap hari saya buat silap dan setiap kali juga akan dimarah.
Saya dibuli dan dipukul...
Kalau saya buat silap, mereka takkan beri saya makan berhari-hari.
Saya sangat lapar hingga saya tidak boleh tidur.
Jadi, saya larikan diri, tapi...
Ini yang kali pertama hari ini?
Ya...
Jadi mari kita minum untuk raikannya nanti.
Awak tidak boleh dapat sedikit pun.
Saya tidak mahu pun.
Saya bekerja untuk beli makanan ini.
Saya akan bekerja juga.
Tiada siapa yang akan ambil budak bekerja.
Dan perempuan tidak dibenarkan di CGS.
Saya boleh bekerja. Umur kita lebih kurang sama.
Saya hanya ada sebanyak ini.
Saya tidak kisah apa, beri sahaja apa-apa makanan.
Kenapa?
Nampaknya dia terlalu lapar hingga tidak boleh berdiri.
Pengurus dengar keadaan saya dan ambil saya bekerja.
Kemudian saya mula bantu buat penghantaran ke CGS.
Jadi semuanya jasa Mikazuki yang saya boleh berada di sini begini.
Begitu, awak melalui masa-masa yang sukar.
Bukan semua masa.
Sejak saya jumpa Mikazuki dan mereka, mereka baik dengan saya.
Saya sedikit cemburu dengan awak, Atra.
Apa?
Walaupun tanpa ibu bapa dan adik-beradik...
...awak sentiasa ada rakan sebagai ahli keluarga yang boleh dipercayai.
Saya ada ibu bapa, tapi tiada kepercayaan...
Ayah saya anggap saya penyibuk dan sampai cuba bunuh saya.
Saya...
Maafkan saya.
Apa?
Bukankah itu salah faham?
Sepatutnya begitu. Maksud saya, bapa, mereka...
Mereka patut sayang anak perempuan mereka.
Malah, En. Ivan yang tinggal di sebelah tempat kerja saya...
...semuanya tentang anak perempuan dia yang baru lahir.
Saya minta maaf. Saya tidak faham apa-apa pun...
Tidak apa.
Tidak mengapa.
Tapi Cik Kudelia, cik ialah rakan seperjuangan kami...
Cik ialah sebahagian daripada keluarga kami.
Saya...
Keluarga?
Ya.
Terima kasih.
Itu buat saya sangat gembira.
Nanti. Kalau Cik Kudelia dan saya daripada keluarga yang sama...
Itu maksudnya...
Betul, kalau ini macam keluarga Turbines...
Ya, jadi semua orang boleh gembira.
Atra?
Kita bertahan sahaja, Cik Kudelia.
Ya...
Sudah selesai, Akihiro?
Mari kita buat sekali lagi.
Sudah sampai masa untuk tugas meronda saya.
Sayangnya.
Apa-apa pun, ada sesuatu yang berlaku?
Awak berlainan daripada biasa hari ini.
Awak tidak bertarung dengan cara membunuh diri yang melulu.
Tapi awak masih lagi tidak henti-henti mendesak macam biasa.
Oh...
Saya sudah berubah?
Sila masuk dari hac kargo.
Tugas meronda awak akan bermula dalam 15 minit lagi.
Baik.
Awak mahu pergi meronda sekarang, Akihiro?
Apa?
Boleh saya ikut awak?
Saya sudah banyak berlatih dengan pensimulasi, takkan buat masalah.
Okey, lebih bagus kalau ada lebih mata yang meninjau.
Maaf kerana saya berkeras untuk turut serta.
Kenapa tiba-tiba sahaja?
Saya dapat pesanan daripada adik perempuan saya.
Saya ada matlamat untuk hantar adik saya ke sekolah.
Jadi, saya mahu belajar tugasan yang lain.
Saya mahu belajar lebih, dapatkan lebih wang, bekerja demi adik saya.
Saya minta maaf.
Awak tidak boleh bercakap tentang keluarga pada Puing Manusia?
Bukan, tapi...
Jangan risau. Saya boleh nampak awak bekerja keras untuk adik awak.
Dan...
Saya tidak pernah beritahu sesiapa, tapi saya ada seorang adik lelaki.
Adik lelaki?
Nama dia Masahiro.
Kami ialah keluarga yang memiliki armada kapal dagang...
...dan kami sentiasa mengembara.
Ini dia.
Okey.
- Kamu juga? - Ya.
Kalau begitu, kamu mungkin boleh angkat yang ini.
Masahiro?
- Jangan paksa diri, Masahiro. - Jangan gelak, abang.
Saya takkan ketinggalan di belakang!
Tapi satu hari...
Mereka ialah lanun.
Semua orang dewasa telah dibunuh.
Ibu bapa kami meninggal dunia semasa itu juga.
Sejak hari itu, kami dilayan sebagai Puing Manusia...
...dan dijual berasingan dengan sangat murah pada pedagang hamba.
Pulangkan Masahiro.
- Pulangkan dia. - Abang!
Abang akan pasti cari kamu. Tunggu sahaja, okey?
Diam.
Abang!
Saya tidak pernah nampak Masahiro sejak hari itu.
Saya terlalu sibuk dengan diri sendiri hingga sekarang...
...sampai saya sudah terlupa semua tentang dia.
Sekarang saya sertai Tekkadan dan ada rakan seperti keluarga...
Buat saya terfikir.
Yang saya sendiri ada keluarga sebenar juga.
Takaki, kalau dia masih hidup, dia lebih kurang umur awak.
Sebaya saya?
Tapi, dia mungkin sudah tiada.
Itu tidak benar.
Kalau awak terus bekerja begini, awak akan jumpa dia satu hari nanti.
Harap-harap begitulah...
Kita sudah terlalu jauh dari kapal. Mari kita pulang.
Baiklah.
- Apa? - Kenapa?
Bintang itu bergerak. Arah pukul dua kita.
Apa?
Reaksi Reaktor Ahab? Adakah itu musuh?
Mobile Suit. Kita kena patah balik!
Baik.
Takaki, bertahan.
Baik.
Komunikasi daripada Graze.
Mereka sedang bertempur dengan tiga buah mesin tidak dikenali.
Mesin tidak dikenali? Berapa jarak mereka?
Lebih kurang 1,600.
Tak guna.
Takaki.
Apa?
Si yatim mengalir air mata.
Kerana kasih buat hati merana...
...dan membuatmu kuat.
Kau dalam ingatanku.
Ada kau mendengarnya?
Alunan sayu nyanyian angkasa.
Mikazuki...
Bersinar dalam kegelapan...
...cahaya biru.
Sembunyikan kesunyianmu.
Mereka yang gagah...
...apa yang dilihat dalam cebisan mimpi mereka?
Si yatim di angkasa.
Kita layarkan bahtera harapan.
Kau dalam ingatanku.
Saat yang singkat ini. Alunan sayu nyanyian angkasa.
Betul cakap awak, lengan baju itu berbulu.
Tidak, biarkan sahaja begini.
Saya hanya diberi baju terpakai yang koyak sebelum datang sini.
Rasa lebih bagus bila pakaian ini kotor.
Apa? Saya?
Saya Chad.
Saya Chad Chadan.
Saya sentiasa berada di anjungan.
Dalam "MOBILE SUIT GUNDAM IRON-BLOODED ORPHANS" akan datang.
Episod 11, "PUING MANUSIA."

Need subtitles from another video?